Telegram / Whatsapp 019 -7907970. No calls.

Thursday 19 November 2015

Apa Itu Bioflavanoid dan Fungsinya

APA ITU BIOFLAVANOID

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. 
Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga meningkatkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan.

FUNGSI BIOFLAVANOID

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. mempunyai kesan antibakteria
3. menggalakkan peredaran darah
4. merangsang pengeluaran hempedu
5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. merawat dan mencegah katarak
7. bertindak sebagai antihistamin
8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. mengurangkan gejala herpes mulut

Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan dan juga manusia daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan.

BAHAN MAKANAN LAIN YG MENGANDUNGI BIOFLAVANOID 

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, seledri, paprika, buncis, delima, jeruk nipis, jeruk lemon, anggur, apel, pir, stroberi dan lain-lain.

BAHAN YG MENGURANGKAN KADAR BIOFLAVANOID DALAM TUBUH

1. Asap rokok
2. Minum Alkohol
3.  Aspirin dan Ubat-ubat penghilang rasa sakit.
4. Antibiotik dan Cortisone.

SIAPA YG PERLUKAN

1) PEROKOK –asap rokok merosak bioflavanoids dan vit c dengan cepat. 
Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vit c utk melawan kerosakan sel dari asap rokok .Perokok pasif juga memerlukan extra bioflavanoids dan vit c
2) Orang tua
3) Penderita asma dan alergi
4) penderita kencing manis 
5) orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6) penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7) orang yang stress – dpt mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepat dengan mengambil bioflavanoids dan vit c

Secara kesimpulan Kandungan Bioflavanoid di dalam Vitamin C Shaklee, dapat meningkatkan keberkesanan Vitamin C itu sendiri. 

Vitamin C Shaklee

SR Vita C daripada Shaklee membekalkan 500mg Vitamin C untuk keperluan harian anda.
Yang lebih baik berbanding Vitamin C biasa kerana formula sustained releasemembekalkan vitamin C secara berperingkat dalam tempoh 5 jam selepas diambil. Ini dapat memastikan paras konsentrasi vitamin C yang optimum dalam darah sepanjang hari.




Harga biasa RM98.05 termasuk GST
Harga promosi RMxx

Hubungi saya untuk pendaftaran ahli atau pembelian produk Shaklee yer,


PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

Thursday 5 November 2015

5 Kebaikan Vitamin C Kepada Kulit

Perlindungan dari sinaran matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Jom beli Vitamin C sekarang sebab HARGA TENGAH SALE !!!

1 biji Vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren

Hubungi saya untuk pendaftaran ahli atau pembelian produk Shaklee yer,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE

Salam Semua,

Sya happy sangat sebenarnya sebab bulan November 2015 ni PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE. 

Harga asal 1 botol Vitamin C = RM98.05 (termasuk GST)
HARGA PROMOSI = Whatsapp saya 019-7907970

Photo Credit to Yati Omar

Hubungi saya untuk pendaftaran ahli atau pembelian produk Shaklee yer,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

Tuesday 27 October 2015

7 Jenis Senaman Semasa Hamil

Senaman semasa hamil adalah penting kerana ia bagi memastikan ibu hamil sentiasa cergas dan bertenaga.Tetapi senaman yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan ibu hamil.




Entri kali ini saya nak kongsikan pula antara senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.

1. SENAMAN PELVIC FLOOR

Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil malah kepada semua orang.Semasa hamil,otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak.Akibatnya,seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk.Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik.Caranya ialah dengan melakukan kemutan.Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula.Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.

2. MELAKUKAN REGANGAN

Secara Berbaring

Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi.Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut).Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula.Lakukan secara bergilir-gilir kaki kiri dan kanan.

Secara Duduk

Duduk di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tumit kaki ditemukan.Dengan menggunakan tangan,tarik kaki yang bertemu itu ke arah tubuh (ke dalam) mengikut kemampuan.Kemudian,tekan lutut ke arah lantai secara perlahan-lahan.Boleh menggunakan tangan untuk menekan lutut tetapi jangan tekan terlalu kuat.

Secara Berdiri

Regangan ini dipanggil regangan mata kaki.Berdiri menghadap dinding dalam keadaan kaki kanan di hadapan dan kaki kiri di belakang.Tekapkan kedua tapak tangan ke dinding.Tekuk lutut kaki kanan sedikit dan condongkan badan kearah dinding (seperti dalam keadaan menahan dinding dari tumbang).Siku anda akan automatik terbengkok semasa anda melakukan regangan ini.

Regangan Lengan

Regangan ini boleh dilakukan semasa duduk ataupun berdiri.Angkat kedua-dua belah lengan ke arah atas seperti mahu melambai.Selepas itu,cuba menjangkau ke langit menggunakan sebelah tangan.Lakukan lengan sebelah lagu dan ulang perbuatan ini secara bergilir-gilir.

Regang Tubuh

Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan.Kemudian,hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri  ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan.Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula.Lakukan berselang seli kiri dan kanan.Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.

3. BERTINGGUNG

Bertinggung adalah keadaan seperti mencangkung tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakalan mencangkung oleh tapak kaki.Semasa bertinggung,kaki berada dalam keadaan bertinjit.Letakkan kedua-dua  tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu.Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu.Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

4. BERENANG

Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang.Ini adalah kerana berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran.Selain itu,berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.Tekanan air akan membuatkan otot anda bekerja lebih sedikit dari biasa.

5. BERJALAN KAKI

Berjalan kaki bukan sahaja boelh mengeluarkan peluh malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin.Mulakan berjalan kaki secara perlahan sengan jarak yang pendek.Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu.Kemudian anda boleh menambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak.Senaman ini juga sesuai dilakukan ditempat berhawa dingin seperti dipusat membeli belah.

6. MENAIKI TANGGA

Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga.Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik.Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepat bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

7. KERJA RUMAH

Siapa kata kerja-kerja dirumah tidak meletihkan?Seringkali kita dengar bahawa ibu hamil perlu banyak berehat.Walaubagaimanapun,ibu hamil digalakkan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak berat.Untuk ibu yang berada di awal kehamilan,kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah.Elakkan dari mengemop lantai,mencuci bilik mandi dan  mengangkat barang yang berat keran ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu hamil atau janin di dalam kandungan.

Di atas ini antara senaman yang boleh diamalkan oleh setiap ibu hamil bagi memastikan ibu hamil sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga.Selain itu senaman ini boleh memudahkan proses ketika hendak bersalin.Jadi ibu-ibu hamil semua boleh amalkan senaman-senaman di atas ni ye.

Untuk pembelian Set Hamil Shaklee,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

Set Hamil Lengkap Shaklee

Seperti yang semua sedia maklum bahawa Shaklee turut menyediakan Set Hamil yang Lengkap untuk semua ibu hamil yang mana ia ternyata selamat,semulajadi dan berkesan.Set Hamil Shaklee terdiri daripada B Complex,Vita Lea,Sustained Release Vita C Plus,Ostematrix,Omega Guard serta Energising Soy Protien (ESP).




Pasti semua ingin tahu apakah fungsi setiap vitamin ini kepada ibu hamil kan.

Jom kita baca kepentingan setiap vitamin yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee ini :-

1. B COMPLEX

Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk Folate (Asid Folik) yang sangat diperlukan bagi mencegah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida)
Membekalkan sebanyak 200mcg folate dalam setiap kapsul.
Membantu melancarkan peredaran darah dan menjana tenaga bagi ibu yang sedang mengandung.
Merupakan vitamin anti stress dan mebantu ibu untuk menikmati saat kehamilan dengan lebih tenang.

2. VITA LEA IRON FORMULA

Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi (iron) sebnayak 9mg yang sangat diperlukan oelh ibu semasa mengandung.
Turut mengandungi Folate  (Asid Folik) sebanyak 200mcg  bagi melengkapkan keperluan asid folikibu semasa mengandung
Teknologi salutan mikro yang terdapat pada Vita Lea membolehkan Vita Lea terurai dengan cepat dan mudah diserap oleh badan untukkesan yang optimum.
Membantu mengelakkan kelesuan,pening dan mudah pitam bagi ibu-ibu yang kekurangan darah atau kandungan hemoglobin rendah.


3. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Vitamin C amat diperlukan bagi membantu penyerapan zat besi dan nutrisi yang lain lebih baik
Merupakan antioksidan yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan ibu yang mengandun dan mengelakkan dari mudah terkena serangan penyakit
Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah daripada mendapat gusi berdarah semasa mengandung.
Vitamin C juga penting bagi memastikan kandungaan air ketuban yang melindungi bayi dalam kandungan sentiasa mencukupi.

4. OSTEMATRIX

Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malah turut diperkaya dengan magnesium dan juga Vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk kesihatan tulang dan gigi diri dan juga bayi
Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 200mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu
Kehadiran Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan lantas membantu mengelakkan ibu yang sedang mengandung daripada mudah terkena cramp atau kekejangan otot kaki dan bengkak kaki
Magnesium pula membantu ibu hamil dalam melembutkan najis dan mengelakkan diri dari terkena sembelit semasa mengandung

5. OMEGA GUARD

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak perlu Omega 3 yang dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam perairan Jepun
Omega Guard juga melalui proses penyulingan 3 peringkat yang menjadikannya sebagai asid lemak omega 3 yang tulen dan bebas dari pencemaran bahan kimia dan merkuri
Mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
Omega Guard Shaklee juga membantu dalam mengawal tekanan darah ibu semasa mengandung dan membantu dalam mengawal kolesterol.

6. ENERGISING SOY PROTIEN (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protien.Protien adalah makanan sel.Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
Pembinaan hormon,enzim dan antibodi memerlukan protien.Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selamaberjam-jam lamanya.Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.Kulit juga menjadi lebih licin,gebu dan anjal.

Itu antara fungsi yang terdapat pada vitamin bagi Set Hamil Shaklee.


Untuk pembelian Set Hamil Shaklee,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

10 Perubahan Kulit Wanita Semasa Hamil

Fasa kehamilan adalah satu fasa dimana kadang-kadang ibu hamil akan mengalami banyak perubahan pada kulit mereka.Tetapi kebiasaannya perubahan pada kulit ini tidak akan menjejaskan kesihatan ibu hamil mahupun bayi didalam kandungan.


Contoh
Entri kali ini saya nak tulis tentang beberapa perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.

1. CHLOASMA ( Perubahan Pigmentasi Pada Muak dan Leher)

Chloasma juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi,pipi dan leher.Pada anita yang berkulit gelap,ia muncul sebagai tompok-tompok cerah.Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.Hormon ini melindungi kulit daripada cahay ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas.Oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.Pakailah topi apabila anda keluar rumah.Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh,anda boleh selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilanh dalam tempoh tiga bulan selepas anda bersalin.

2. LINEA NIGRA (Garisan Gelap Sepanjang Perut Anda)

Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut biasanya merentasi pusat.Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua.Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan namun anda mungkin perlu menggosoknta sedikit untuk menghilangkan kulit kering.Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara,tahu lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami [erubahan pigmentasi tetapi ini juga akan hilang.

3. KULIT BERSERI SEMASA HAMIL

"SERI" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.Ketika hamil,kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan,menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin anda sebelum ini.Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.

Malangnya kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.Jika anda mem[unyai tompok-tompok merah dibahagian muka ia juga akan kelihatan lebih jelas.

Namun begitu,jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air.Sebaliknya berehatlan seberapa kerap yang boleh.Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin.Tetapi jika anda mahu menutupnya anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.

4. JARINGAN URAT SEMASA HAMIL

Jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi) adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.Ia biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu daah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku,lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukaa jaringan urat.Urat-urat ini akan hilanh setelah tahp hormon anda menjadi stabil semula selepas bersalin.

5. BINTIK-BINTIK DAN JERAWAT SEMASA HAMIL

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.Namun terlalu banyak sebum dihasilakn boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik terbentuk.

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.

Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.Sesetengah krim seperti ini todak boleh digunakan semasa hamil.Beberapa minggu selepas bersalin,kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.

6. TANDA REGANGAN

Tanda regangan (Strech Mark) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil.Ia disebabkan oelh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.
Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protien pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.Selepas bersalin,pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.
Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain.Ini bermakna mereka tidak mengalami tanda regangan.Tetapi bagi kebanyakkan daripada kita,ini hanyalan salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat,menyapu minyak atau krim yang kaya dengan Vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Vitamin E dan C serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Satu ulasan kajian mengenai krim untuk menghalang tanda regangan mendapati bahawa hanya satu sahaja kajian yang dilakukan si Sepanyol yang menunjukkan bahawa krim dapat membantu.Ini dilakukan dengan mengurut badan menggunakan krim yang dipanggil Trofolastin.Krim ini menegandungi bahan aktif eksstrak Centella Asiatica,Alpha Tocopherol (Vitamin E) dan Collagen -Elastin Hydrolysates.

7. MELECET SEMASA HAMIL

Apabila berat badan anda bertambah,sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap,kemudian melepuh dan mengeluarkan bau.Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.
Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk meyerap kelembapan.Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights
Maklumkan kepada doktor anda mengenai perkara ini,terutamanya jika anda banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungus atau keputihan.Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi anda lahir kerana ia boleh dijangkitkan kepada bayi semasa anda bersalin,

8. KULIT SENSITIF SEMASA HAMIL.

Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil,bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang.Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.Kulit anda boleh menjadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang anda guna?Pakailan pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan.Berendam terlalu lama atau tambahkan minyak mandian kepada air mandian untuk mengekalkan keanjalan kulit.(Tetapi pastikan anda tidak tergelincir ketika masuk atau keluar dari tab mandi)
Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF 15 atau lebih ).

9. RUAM DAN KEGATALAN SEMASA HAMIL

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa.Contohnya anda  mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.
Keputihan yang menyebabkan kegatalan pada faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa anda hamil.Pakailah pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit.Bincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya anda mengalami keputihan dan buasir.Untuk menghalang buasir,anda mungkin dinasihati supaya meningkatkan serat dalam pemakanan.

Menyapu losyen kelamin dapat mengurangkan kegatalan.Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada 2 hari dapatkan nasihat daripada doktor anda.


10. KEGATALAN YANG TERUK KETIKA HAMIL

 Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan,terutamanya pada waktu malam serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebab tidak diketahui,dipercayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.Kegatalan ini boleh jadi teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.

Namun begitu,risikonya pada bayi adalah kurang jelas.Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970 an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan tetapi bukti-bukti  baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya.Tiada juga bukti yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan.

Itu antara perubahan-perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.Dan bagi setiap ibu hamil jangan risau kebiasaanya setiap perubahan kulit ini akan hilang selepas bersalin cuma mungkin ia akan mengambil masa.

Anda boleh cuba mengambil Herbal Blend Shaklee.


RM27.50 belum termasuk postage


Untuk pembelian produk Shaklee

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

Bahaya atau Tidak Seks Semasa Hamil

Entri kali ini untuk 18SX sikit ye sebab ia berkaitan hubungan intim diantara suami isteri ketika isteri hamil.Pasti ramai ibu hamil tertanya-tanya bagaimana hubungan seks antara anda dengan suami ketika anda hamil.Adakah selamat untuk anda dan bayi dalam kandungan.? Disini ada sedikit soal jawab mengenai Seks ketika hamil adakah bahaya atau tidak?



1. Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?

Sudah tentu.Dengan kehamilan normal,anda boleh melakukanyya sehingga sampai masa air ketuban pecah.Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda seperti plasenta previa atau pendarahan atau anda mempunyai sejarah keguguran
Dengan kehamilan normal,melakukan seks tidak ada kaitan dengan keguguran.Malah,jika anda berasa seksi dan cukup sihat,mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan.Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.
Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal.Malah,satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan  kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

2. Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi,walaupun suami anda mengambil posisi di atas.Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan.Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi.Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks,ini disebabkan oleh jantung anda yang mengepam kuat,bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun,ada keadaan-keadaan penting dimana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan.Ini termasuk:-

Pendarahan
Sakit atau kekejangan abdomen
Ketuban pecah
Sejarah kelemahan serviks
Plasenta previa terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda anda menghidap herpes genital.Jika anda menghidap herpes genital untuk kali pertama semasa mengandung,ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dlaam kandungan anda.

3. Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik setengah wanita,tidak begitu baik untuk yang lain.Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan alat kelamin membengkak dan menambahkan sensasi.Tetapi dalam amsa yang sama  rasa kepenuhan ini membuat sesetengah wanita rasa tidak selesa selepas persetubuhan berakhir.Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.
Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh menyebabkan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga.Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit tetapi kekejangan uterus akan beredarsama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

4. Tidak mahukan seks ketika hamil,Adakah keadaan ini normal?

Ya,perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah kehidupan seks anda.Bagi sesetengah anita,mereka rasa lebih seksi daripada biasa keran tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan.Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara,terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik.Namun dalam mana-mana fasa kehamilan ,ada variasi yang besar dari segi perasaan dan aktiviti seks bagi setiap pasangan suami isteri.Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga kerana anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang atau anda rasa tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal tetapi ingatlah bahawa setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi menurun semasa hamil.

5. Adakah nafsu suami juga akan turut berubah?

Mungkin.Ramai lelaki mendapati isteri mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga.Ini tidak bermakna dia langsung tidak mendapati anda menarik.
Nafsu suami anda mungkin berkurangan kerana takut yang seks akan membahayakan bayi.Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi khuatir tentang beban keibubapaan dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

6. Adakah seks oral selamat?

Ya,seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan iainya satu penyelesaianjika persetubuhan membawa risiko tinggi.

7. Posisi-posisi manakah yang paling selesa?

Bila kehamilan berterusan anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas.Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang tak lapuk dek hujan.

Baring di sisi.Jika suami anda di atas,dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar.Tetapi berbaring  di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.

Gunakan katil sebagai alat membantu.Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam.Suami anda boleh samada melutu atau berdiri di depan anda.

Baring sisi ke sisi dalam posisi sudu yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam.Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selelsa apabila kehamilan meningkat.
Naik atas suami.Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

Masuk dari posisi duduk yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus.Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia dududk atas kerusi (kukuh).


Semoga persoalan yang bermain dibenak semua ibu hamil mahupun terjawab.Dan semoga info ini bermanfaat kepada semua.


Untuk pembelian produk Shaklee


PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Share:

Wednesday 9 September 2015

TESTIMONI ESP : Jerawat Hilang dan Badan Kurus

Kata orang biar testimoni berbicara.
Jemput baca.

Sy stat try shaklee slps 2tahun buat research. sbb dulu sy anti shaklee.hehe
macam2 google nak cari supplement utk kulit muka yg agak teruk. july 2015 sy stat beli shaklee. 

saya google dan baca testimoni2 set kulit bermasalah. akhirnya sy beli ESP+ALFALFA+VIT C+BCOMPLEX. 
4 ni sy cuba 6bulan secara konsisten. air 5liter sehari. kebetulan ms tu mmg berat badan saya hampir 98kg!

6 bulan konsisten,alhamdulillah mmg puas hati.
jerawat makin kecut.
parut2 lama makin pudar.
yg paling bonus 》》 kurus & period yg sgt2 tak teratur,menjadi teratur.
bayangkan pernah lebih 5bulan tak datang period.
kalau datang pun hasil mkn ubat dr klinik. last2 sy cuba mkn supplement. 

Alhamdulillah dah 2tahun sy ambil esp.

masa berpantang keguguran bulan lepas, sy amalkan esp sbg sarapan.
alhamdulillah.
cergas macam orang tak berpantang .



Anda boleh menghubungi saya untuk pembelian,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Fanpage: Vitalicious
Email : khairunnisa.maknor@gmail.com

atau boleh beli terus dengan Shaklee Malaysia. 
Pembayaran ialah dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit.

KLIK Beli ESP sekarang

* COD bagi Seremban, Seremban 2, Senawang dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK
Share:

Tuesday 1 September 2015

Promosi ESP Shaklee September 2015

Nutrien utama bagi rambut adalah protin. Lagi tinggi kualiti suplemen protin korang, lagi tinggi lah tahap kecantikan dan kesihatan rambut korang. 

Rambut terdiri dari 97% protin yg mengandungi 19 drpd 22 asid amino yg membentuk protin. 

Sebab tu kualiti rambut bergantung kepada kualiti protin yang diambil setiap hari.

Jangan ambil risiko dengan meninggalkan protin dalam diet harian. 

Dr Bruce Miller cadangkan suplemen protin yang rendah lemak.



Credit



Wanita-wanita ini telah dapatkan ESP Shaklee. Anda bila lagi ?


Anda boleh menghubungi saya untuk pembelian,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970
WeChat ID : FelaNeesya
Fanpage: Vitalicious
Email : khairunnisa.maknor@gmail.com

atau boleh beli terus dengan Shaklee Malaysia. 
Pembayaran ialah dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit.

KLIK Beli ESP sekarang

* COD bagi Seremban, Seremban 2, Senawang dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK


Share:

Thursday 9 April 2015

3 CARA BUANG LEMAK PEHA

Selamat Pagi Malaysia...
Assalamualaikum semua..

Fresh betul rasa bile kite berpagi-pagian kan... hihi
Pagi ni nak kongsi tips lagi..
Tips untuk kecilkan paha.. Siapa suka peha besar? Buruk tau!
Sangat menjelikkan penampilan kalau peha besar!

Suka tak kalau peha anda seperti ini?


Nak tau cara nak dapatkan peha yang solid?
Meh baca info ini.....


1. Kurangkan pengambilan makanan berlemak

Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama peha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan kita.


2. Makan makanan yang berserat
Makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membentuk mengurangkan saiz peha. Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak. Ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.

3. Melakukan senaman
Antara senaman yang baik untuk peha ialah berjalan atau berjogging. Kaki kita merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika kita tidak mampu untuk berjogging, lakukan aktiviti berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk kita tidak membuat senaman ini!
 

Nak lagi mudah untuk mengecilkan peha?


Harga bagi setiap item adalah seperti berikut :

LECITHIN = RM55.50, 180 biji tahan sehingga 2 bulan
OMEGA = RM144, 90 biji tahan sehingga 2 bulan
HERB LAX = RM55.50, 120 biji tahan sehingga 2 bulan
ALFALFA(S) = RM56.90, 330 biji tahan sehingga 2 bulan
CINCH SHAKE MIX = RM183, 720 gram tahan sehingga 2 bulan

Dapatkan diskaun sehingga 20% dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE
[x] Keahlian Seumur Hidup
[x] Tiada YuranTahunan
[x] Tidak Perlu Beli Produk Setiap Bulan Untuk Kekalkan Keahlian
[x] Dapat 'CASH BACK' Jika Cukup Syarat

Apa kata anda dan apa pula pilihan anda?
Saya sedia membantu.... 

Berminat untuk membeli SET KURUS LENGKAP SHAKLEE :

Anda boleh menghubungi saya untuk pembelian,

PM Admin di Facebook Aisya Imaan
Whatsapp / Telegram : 019-7907970

WeChat ID : FelaNeesya
Fanpage: Vitalicious
Email : khairunnisa.maknor@gmail.com

* COD bagi Seremban, Seremban 2, Senawang dan kawasan sekitar

* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK
Share: