Monday, 24 June 2013

[ATTENTION] : Bahaya GBS Ketika Hamil!!


GBS tu ape?? mesti ramai yang tertanya2 kan.. bkn Geng Bas Sekolah yang dok Imaan hari2 nak tgk tuu.. hehe.. Tu GBS lain.. Ini GBS yang sgt penting utk diketahui oleh semua wanita terutamanya bagi WANITA HAMIL..

Apa sebenarnya GBS ni? GBS merupakan singakatan bagi Group B Streptococcus yang merupakan bakteria/kuman yang mendiami tubuh manusia dewasa.. Bunyi macam serius aje kan?? Yup! anda harus ambil serius perkara ni kerana kuman ini akan membahayakan bayi anda ketika anda ingin melahirkan kelak....

Ok saba2, sya akan explain satu per satu pasal GBS nie.. Biar jelas bagi Ibu2 hamil kat luar yang tgh membaca or follow blog sya nie :)
Kuman GBS dilihat melalui microskop

Kira-kira 1/4 wanita juga adalah ‘pembawa’ bacteria GBS dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala2 tertentu. Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.


GBS boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada bayi yang baru lahir, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai 'jangkitan permulaan awal'). Ia biasanya boleh menyerang bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu, dan tidak kepada bayi yang dilahirkan secara Csarean (C-section).
Bagaimana saya boleh tahu jika saya membawa GBS?
Terdapat ujian yang disediakan untuk mengesan jangkitan GBS. Ia boleh dilakukan dengan mengambil sampel 'swab faraj' dan diuji di makmal.
Kebanyakan wanita hamil mendapati bahawa mereka mempunyai GBS ini secara kebetulan, apabila doktor mengambil ‘swab faraj’  untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini boleh datang dan pergi; ada wanita yang mempunyai ujian positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi tidak mempunyai GBS ketika tiba tempoh untuk melahirkan.
Jadi, adalah penting bagi wanita hamil untuk mengetahui bila bayi cenderung untuk dijangkiti bakteria GBS dan apa tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi.
Saya sedang mengandung, apa yang perlu saya tahu mengenai GBS?
Bayi yang terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran akan mengalami beberapa kesan buruk.
Walaubagaimanapun, masih tiada penejelasan yang sebenar mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkian GBS manakala yang lain tidak (saya sendiri pun telah mengalaminya bila mana anak pertama & kedua dijangkiti GBS, tetapi anak yang ketiga tidak dijangkiti langsung walaupun saya adalah pembawa GBS). Apa yang pasti , jangkitan GBS terhadap bayi yang baru lahir boleh dielakkan.
Wanita yang berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik Intravena sama ada dari ketika ingin melahirkan atau ketika air ketuban telah pecah (whichever comes first) sehingga saat bayi dilahirkan.
Caesareans tidak digalakkan untuk mengambil antibiotic ini kerana GBS menjangkiti bayi melalui faraj ibu yang melahirkan.
Dan dalam kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan jangkitan pada rahim dan saluran kencing bagi ibu2 yang baru mengandung.

Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?



Ada beberapa faktor yang boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda dijangkiti GBS atau tidak. Antaranya:
 Anda telah mula menunjukkan tanda untuk melahirkan sebelum 37 minggu kehamilan



2.  Air ketuban anda pecah dalam tempoh 18 jam atau lebih sebelum melahirkan


3.  Suhu badan anda meningkat 38degC/ 100 degF atau lebih semasa proses kelahiran


4.   Doktor telah mengesan bahawa anda pembawa GBS dalam faraj/ rectum anda semasa
      hamil


5.  Bakteria GBS telah dikesan dalam air kencing anda semasa mengandung (sekiranya ini
     berlaku, rawatan segera perlu dilakukan dan beberapa langkah berjaga2 perlu diambil
     semasa tempoh melahirkan)



Bagaimana proses kelahiran bayi saya perlu dilakukan?


Kajian menunjukkan bahawa dengan antibiotik intravena boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru lahir.

Bagi bayi yang berisiko tinggi, sebaik sahaja ia dilahirkan:

1.           Bayi perlu diperiksa oleh Pakar Kanak2 dengan serta merta
2.          Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, dan anda telah diberi rawatan penuh dengan
           antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi masih boleh diberikan antibiotik
           intravena
3.         Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan
          antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi boleh bermula pada antibiotik
          intravena sehingga doctor mengesahkan bayi anda bebas jangkitan;
4.        Jika anda atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, bayi  harus diberi   rawatn antibiotik intravena immediately! 

Apakah tanda-tanda jangkitan GBS pada bayi?



Jika bayi anda dijangkiti GBS, gejala berikut boleh berlaku selepas beberapa jam kelahiran:
1.       Bayi mempunyai masalah pernafasan


2.       Tekanan darah tidak stabil/ rendah


3.       Masalah buah pinggang


4.       Kurang menyusu

5.       Bayi nampak lesu



Malah, terdapat beberapa komplikasi yang lebih teruk seperti  PneumoniaMeningitis atau Sepsis. [credit to Ainul]
Apa yang penting jangan ambil mudah tentang perkara ini.. tanda yang paling mudah untuk dikenalpasti samada kita GBS Carrier atau tidak.. boleh dilihat daripada discharge ataupun keputihan yang keluar pada faraj.. Jika berlebihan/anyak dan mendatangkan kegatalan dan bau yang xsedap, bila pergi TCA beritahu pada nurse apa pon masalah yg ibu2 alami.. JANGAN AMBIL RINGAN jika tidak mahu kesihatan anak anda terjejas dikemudian hari....
Ada yang bertanya, Shaklee ada menawarkan supplement untuk mencegah dari GBS? Jawapan sya ADA.. Bukan mencegah sepenuhnya sebab apa yang doc saya beritahu, GBS nie xkan hilang dengan mudah sebabnya bakteria ini menjadikan tubuh manusia sebagai PERUMAH.. So, apa yang boleh ibu2 hamil amalkan untuk mencegah dari menjadi lebih teruk??
Set Kehamilan : Dapat mencegah jangkitan GBS dari menjangkiti bayi yang baru dilahirkan.. Insyaallaah
Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL?

Hubungi Sya,

Puan Sya
SMS/Whatsapp 010-278 3044 / 019-7907970
BBM Pin : 288F2692
WeChat ID : aisyaimaan

COD bagi kawasan Seremban, Seremban 2, Seremban 3, Senawang, Ampangan, Paroi, Rasah dan kawasan sekitar

0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...